Bengkel Pengurusan Organisasi PSIS

Isnin, 28 Disember 2009

Hari ini Selasa, 29 Disember 2009 : aku akan ke Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor, Perak untuk Bengkel Pengurusan Organisasi PSIS (Politeknik Sultan Idris Shah) pada pukul 12.00 tgh bersama-sama 32 orang lagi dengan menaiki bas PSIS.

Bengkel akan bermula esok hingga Khamis, 31 Disember 2009.

Beginilah adat dalam dunia pekerjaan ini. Aku masih menyimpan cuti berbaki sebanyak 26 hari lagi. 15 hari aku pilih untuk Golden Handshake manakala baki 11 hari lagi di bawa ke tahun hadapan 2010. So... cuti aku untuk tahun depan adalah 35 + 11 = 46 hari. Wow! macam mana nak habiskan cuti ni?

Nantilah, aku kena planning cuti untuk anak-anak and family.

Mesyuarat Peperiksaan PSIS

Hari ini adalah hari kedua mesyuarat Peperiksaan PSIS. Hari ini mesyuarat berlangsung dari jam 9.30 pagi - 1.00 tgh dengan pembentangan dari ketua Jabatan Hospitality dan ketua Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi. Kemudian bersambung dari jam 2.30 ptg - 5.30 ptg dengan pembentangan dari Unit Latihan Industri dan isu berhubung dengan perjalanan peperiksaan.

Hari pertama mesyuarat ini adalah pd hari Khamis lepas, 24 Disember, 2009. Ia berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang dengan mendengar pembentangan dari ketua-ketua jabatan iaitu jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Awam dan Jabatan perdagangan.

Kenduri doa selamat

Sabtu, 26 Disember 2009

Pukul 10.00 pagi hari Jumaat (25 Disember 2009), angah satu family balik ke rumahnya di Rembau, N.Sembilan. Kami yang tinggal ni bersiap sedia dengan kain baju masing-masing, kemas dapur & kemas rumah kerana lepas solat Jumaat, nak bertolak ke K.L. Pukul 3.15pm baru selesai kerja-kerja mengemas dan boleh mula bergerak.

Mak mertua buat kenduri doa selamat hari Sabtu, 26 Disember, 2009.

Tetamu musim cuti sekolah

Jumaat, 25 Disember 2009

Selasa, 22 Disember 2009, jam 7.00 petang, angah sekeluarga datang ke kuaters kami. Khabarnya mereka dari Cameran Highland dan singgah di Sabak Bernam untuk menghabiskan cuti hujung tahun.

So, hari rabu petang, jam 5.30 petang; apa lagi... mandi kolamlah... Petang itu kolam renang yang letaknya di tengah-tengah Jabatan Hospitaliti tu penuh dengan anak-anakku (8 orang), anak-anak saudaraku (4 orang), anak-anak rakan sepejabat (3 orang)dan termasuk juga pensyarah-pensyarah bujang (3 orang) serta tetamu hotel (3 orang). Masing-masing menikmati sepuas-puasnya kolam renang pada petang itu. Almaklum sekali-sekala dapat mandi kolam. Lebih-lebih lagi bila dapat bersama sanak saudara sebegini. Terpaksalah aku jadi jaga untuk mereka.

Walau apapun mereka semua masih anak-anak yang sedang membesar. Ummi tumpang gembira dengan melihat kegembiraan kalian semua.

Audit SIRIM

Isnin, 21 Disember 2009

Hari ini dijadualkan ada audit oleh SIRIM, namun makluman daripada Pegawai Kualiti Jabatan Pengajian Am (JPA) bahawa tarikh audit ditunda pada 5 Januari 2010. Demikianlah lumrah alam ini, boleh ditangguh mengikut kesesuaian masing-masing.

Namun kita harus ingat bahawa audit Allah S.W.T untuk setiap apa yang kita lakukan, untuk setiap apa yang kita ucapkan tetap dinilai di sisiNya walau sebesar zarrah cuma.

Oleh itu kita hendaklah beringat selalu dengan apa yang dilakukan dan diucapkan setiap masa dan ketika, agar kesudahan hidup ini dalam kebaikan seterusnya mendapat redhaNya dan kita ditempatkan ke dalam syurgaNya bersama-sama hambaNya yang terpilih.

Muharam 1431H

Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana dapat berdoa akhir tahun hijriah 1430 dan awal tahun hijriah 1431 bersama-sama suami dan anak-anak. Harapanku agar kami terus dirahmati oleh Yang Esa, hari ini, esok dan hari-hari yang akan kami lalui sehingga hujung hayat kami ini.