Happy Birthday dan Konvokesyen PSIS

Jumaat, 30 April 2010

Hm... Sudah lama tidak jengok laman ini. Bukannya apa, tugas sebagai suri rumah tidak membenarkan aku untuk mengedit catatan harianku.

Tapi apa yang pasti, aku ucapkan "HAPPY BIRTHDAY" untuk anak-anakku Iffah Hayati pada 13.03.2010 yang lalu yang kini menjangkau usia 14 tahun, dan untuk Ain Mardhiah pada 12.04.2010 yang lepas dan kini berusia 13 tahun. Semoga menjadi anak-anak yang solehah dan boleh menjadi pemimpin masyarakat di masa hadapan.

Semalam : dan sebelumnya ( 28 dan 29 April 2010 ) adalah HARI KONVOKESYEN Politeknik Sultan Idris Shah ( PSIS ) untuk kali ke-5. Pada konvo kali ini, aku mencipta teks ucapan untuk v.i.p Tan Sri Rozali bin Ismail, Puncak Niaga Holdings Berhad, dan Tuan Haji Rohizan bin Zainal, KUB Singgahsana (PJ) serta teks pengarah PSIS.

0 ulasan:

Catat Ulasan