Sempena Hari Ibu tahun ini aku menerima kad ucapan yang dicipta sendiri daripada anak-anakku. Faizah Hanani menghadiahkan sekumtum bunga ros pink. Terima kasih banyak di atas ingatan kalian semua. Doa ummi untuk anak-anak ummi, semoga dilapangkan dada dan dikurniakan ilmu yang berguna untuk bekalan hidup di dunia ini.
Happy Birthday dan Konvokesyen PSIS
Jumaat, 30 April 2010Hm... Sudah lama tidak jengok laman ini. Bukannya apa, tugas sebagai suri rumah tidak membenarkan aku untuk mengedit catatan harianku.
Tapi apa yang pasti, aku ucapkan "HAPPY BIRTHDAY" untuk anak-anakku Iffah Hayati pada 13.03.2010 yang lalu yang kini menjangkau usia 14 tahun, dan untuk Ain Mardhiah pada 12.04.2010 yang lepas dan kini berusia 13 tahun. Semoga menjadi anak-anak yang solehah dan boleh menjadi pemimpin masyarakat di masa hadapan.
Semalam : dan sebelumnya ( 28 dan 29 April 2010 ) adalah HARI KONVOKESYEN Politeknik Sultan Idris Shah ( PSIS ) untuk kali ke-5. Pada konvo kali ini, aku mencipta teks ucapan untuk v.i.p Tan Sri Rozali bin Ismail, Puncak Niaga Holdings Berhad, dan Tuan Haji Rohizan bin Zainal, KUB Singgahsana (PJ) serta teks pengarah PSIS.
Hakimi's Birthday
Jumaat, 19 Februari 201012 Februari 2010 adalah tarikh ulangtahun kelahiran Hakimi yang ke sepuluh.
FAIZAH'S BIRTHDAY
20 JANUARI 2010 adalah tarikh ulang tahun kelahiran Faizah hanani yang ketujuh tahun, anak kami yang ke-7.
Kini kakak dah besar dan mesti mula sembahyang. Doa umi semoga kakak menjadi anak yang solehah dan menjadi kebanggaan umi dan abah. Amin, amin, amin...
My Happy Birthday...
Rabu, 6 Januari 20103 Januari 2010 : ulangtahun kelahiran yang ke-42.
Terima kasih pada suami tercinta yang membelikan kek yang sedap ni... dan anak-anak tersayang yang tidak pernah lupa menghadiahkan kad ucapan yang mereka cipta sendiri. Memang mereka berbakat. Umi doakan semoga kalian semua terus membesar dalam keredhaan Allah. Tiada apa yang penting di dalam hidup ini melainkan keredhaan Allah s.w.t.
Terima kasih juga buat angah yang menghantar ucapan melalui s.m.s. Tidak lupa juga buat Muiz ( ex-student PKB ) yang turut tidak lupa menghantarkan ucapan. Semoga rahmat Allah s.w.t sentiasa melimpahi hidup kalian. Amin! Amin! Amin!...
Bengkel Pengurusan Organisasi PSIS
Isnin, 28 Disember 2009Hari ini Selasa, 29 Disember 2009 : aku akan ke Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor, Perak untuk Bengkel Pengurusan Organisasi PSIS (Politeknik Sultan Idris Shah) pada pukul 12.00 tgh bersama-sama 32 orang lagi dengan menaiki bas PSIS.
Bengkel akan bermula esok hingga Khamis, 31 Disember 2009.
Beginilah adat dalam dunia pekerjaan ini. Aku masih menyimpan cuti berbaki sebanyak 26 hari lagi. 15 hari aku pilih untuk Golden Handshake manakala baki 11 hari lagi di bawa ke tahun hadapan 2010. So... cuti aku untuk tahun depan adalah 35 + 11 = 46 hari. Wow! macam mana nak habiskan cuti ni?
Nantilah, aku kena planning cuti untuk anak-anak and family.
Mesyuarat Peperiksaan PSIS
Hari ini adalah hari kedua mesyuarat Peperiksaan PSIS. Hari ini mesyuarat berlangsung dari jam 9.30 pagi - 1.00 tgh dengan pembentangan dari ketua Jabatan Hospitality dan ketua Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi. Kemudian bersambung dari jam 2.30 ptg - 5.30 ptg dengan pembentangan dari Unit Latihan Industri dan isu berhubung dengan perjalanan peperiksaan.
Hari pertama mesyuarat ini adalah pd hari Khamis lepas, 24 Disember, 2009. Ia berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang dengan mendengar pembentangan dari ketua-ketua jabatan iaitu jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Awam dan Jabatan perdagangan.
Kenduri doa selamat
Sabtu, 26 Disember 2009Pukul 10.00 pagi hari Jumaat (25 Disember 2009), angah satu family balik ke rumahnya di Rembau, N.Sembilan. Kami yang tinggal ni bersiap sedia dengan kain baju masing-masing, kemas dapur & kemas rumah kerana lepas solat Jumaat, nak bertolak ke K.L. Pukul 3.15pm baru selesai kerja-kerja mengemas dan boleh mula bergerak.
Mak mertua buat kenduri doa selamat hari Sabtu, 26 Disember, 2009.
Tetamu musim cuti sekolah
Jumaat, 25 Disember 2009Selasa, 22 Disember 2009, jam 7.00 petang, angah sekeluarga datang ke kuaters kami. Khabarnya mereka dari Cameran Highland dan singgah di Sabak Bernam untuk menghabiskan cuti hujung tahun.
So, hari rabu petang, jam 5.30 petang; apa lagi... mandi kolamlah... Petang itu kolam renang yang letaknya di tengah-tengah Jabatan Hospitaliti tu penuh dengan anak-anakku (8 orang), anak-anak saudaraku (4 orang), anak-anak rakan sepejabat (3 orang)dan termasuk juga pensyarah-pensyarah bujang (3 orang) serta tetamu hotel (3 orang). Masing-masing menikmati sepuas-puasnya kolam renang pada petang itu. Almaklum sekali-sekala dapat mandi kolam. Lebih-lebih lagi bila dapat bersama sanak saudara sebegini. Terpaksalah aku jadi jaga untuk mereka.
Walau apapun mereka semua masih anak-anak yang sedang membesar. Ummi tumpang gembira dengan melihat kegembiraan kalian semua.
Audit SIRIM
Isnin, 21 Disember 2009Namun kita harus ingat bahawa audit Allah S.W.T untuk setiap apa yang kita lakukan, untuk setiap apa yang kita ucapkan tetap dinilai di sisiNya walau sebesar zarrah cuma.
Oleh itu kita hendaklah beringat selalu dengan apa yang dilakukan dan diucapkan setiap masa dan ketika, agar kesudahan hidup ini dalam kebaikan seterusnya mendapat redhaNya dan kita ditempatkan ke dalam syurgaNya bersama-sama hambaNya yang terpilih.